Selamat Datang :)

Friday, March 1, 2013

em... mental... tolong boleh...???

Cinta ialah penyakit dan perkahwinan adalah sihat.... Sakit dan sihat tidak pernah bertemu..
 adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari memiliki lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin menyakiti hati orang lain akan tetapi lidah yang hodoh boleh menyakiti dan membunuh orang lain...
 hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan dan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan... dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan...

#parah dah aku ni... help!!! help!!!help!!!

Monday, February 25, 2013

em.... berfikir lah..

...orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya...

#ha aku kena berfikir balik nih... xleh meratapi lah kena usaha dapatkan yang baru.... hahahaha..... :p

Madahan tengah hari...

Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu mengenang budi ketika dia sedang kenyang

Friday, February 22, 2013

Cara untuk menghadapi dan menangani tekanan perasaan...


Salam... ha ni dia buat 1st time nak post cara untuk menghadapi tekanan dalam hidup... hehehe aku ni bukanlah baik mana pun tapi boleh2 saja lah.... mai nak kongsi serba sikit tips-tips untuk menangani tekanan....

Keimanan

  • Kembali kepada Allah swt melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain...PAsakan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-hambaNYA yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur

  • Benar, kita tidak ada untuk melihat Allah swt,akan tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah swt. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah swt apabila makluk di dalam batu boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNYa.
Zikir

  • Allah swt berfirman yang bermaksud :"(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi enang."(surah al-Raa'd 13:28)
Berimaginasi
  • Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan sungai susu  yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tidak sedih, dan tidak buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita kesana? Syurga boleh motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
Berdoa
  • Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah swt. Allah swt berfirman yang bermaksud : Dan tuhan kamu berfirman :"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina," (surah al-Mu'min 40:60)

Sifat yang sukar untuk difahami.... dan sukar dihapus...

Hasad Dengki....


Adoi sifat ni macam na la nak jauhkan dari pada manusia nih...
kerja 1 tempat pun dok berdengki....
apa la punya manusia ni....
dah malas nak kerja tu berhenti jer lah....
ni dok buat masalah kat org lain ja...
jgn dok buat pasai dan cari kesalahan orang lain...
mcm sial....
aku xtau la awat manusia mcm ni ada kat muka bumi ni...
xpuas hati kat mana pun xtau lah...
agak xsuka kerja blah ar dari pejabat ni...
jgn dok menyucuk orag lain untuk benci dan xsuka pada orang-orang lain...
la ada pulak orang nak buat hero nak jadi bos la konon dok tolong dia
tu rasa diri tu baguih sangat dah kot ada orang dok saport...
xtau lah aku nak membebel pa giii...
agak berani mai sound aku depan2...
jgn dok cakap belakang2...

seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnahkan hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki...Rasullullah saw bersabda :" Dengki itu memakan segala kebaikan" riwayat muslim
sudah2 lah... bawa lah bertobat sama...
 nak kena tukaq semua yang kat 
unit ni ka baru rasa puas hati...??
hahaha aku ni membebel apa lah...
xpa sabaq ar Lagenda Tong Kosong....
depa bukan pa pun... sama ja taraf...
KLU BERANI MAI AR DEPAN2.... 

XGENTAR GURUH DILANGIT
XHIRAU OMBAK RINDU.... 
hahahaha eh betoi ka???
mcm xbetoi ja nih.... :P

Ni tahap marah dan sakit hati ni....

Thursday, February 21, 2013

.................


Di atas sejadah ini aku duduk terdiam
menadahkan tangan mengharapkan keredaanMU
aku iklaskan air mata membasahi pipi...
hanya untuk sedikit nikmat dariMU
disaat jiwa dan rga sedang teruji...
aku pasrahkan... aku iklaskan diri ini...
semoga aku tidak kehilangan arah...
tegak berdiri... selalunya lurus dijalanMU...
puji dan syukur senantiasa aku ucapkan...
dalam iklas menerima nikmat dan cubaan dari MU
hanay untuk mencari bekal untuk aku dikemudian hari...
dan dalam mengharungi kehidupan yang panjang dan abadi....


demi dirimu aku lakukan segalanya...
walaupun aku sedar akan bahawa itu tidak akan memberi sebuah erti...
ini terkadang membuatkan aku berfikir...
ketika cinta yang aku berikan hanyalah sia-sia
inikah erti dari sebuah percintaan yang aku berikan kepadamu....?

melayang tinggi hayalku
saat teringat padamu
pada sebuah kasih terindah
yang pernah mengisi hati suciku
saat terindah bersamamu
kini hanyalah tinggal kenangan
kerana takdir telah berbicara
kau tercipta bukanlah untuk menemaniku...


Tegapkah hatiku untuk sentiasa menerima kenyataan seperti ini???
perasaan yang terlalu aneh dalam hati membuatku rungsing dan gundah gulana...
ini sungguh menyakitkan hatiku
senyummu yang dulu selalu membuatkan aku bahagia
nampaknya tak kan mungkin aku temui lagi...


apakah semua cinta selalu berakhir seperti ini????
kini....
hanya rintihan hujan dan kalungan kesepian
menjadi teman setiaku...
yang dahulunya diisi oleh senda tawamu
setelah kau hilang dari hidupku
setiap waktu yang aku lalui terasa hampa
kerana...
hanya penyesalan dan kesepian yang kurasa dan nikmati...

Wednesday, February 20, 2013

Puisi ku.... hohoho


Sebelum tidur aku ingatkan kamu...
Tersenyum aku pada bayangan mu...
aku berkata dalam hatiku
aku rindukan kamu....

Bayangmu setia menemanimu....
Bermain dalam anganku...
Sampai aku terbuai rindu....
Terlena aku bertemu kamu...

Dalam mimpi bertemu kamu...
Membuat bahagia hatiku...
Adakah kau juga merindui aku...
Sepertimana aku merinduimu...