Selamat Datang :)

Friday, February 22, 2013

Cara untuk menghadapi dan menangani tekanan perasaan...


Salam... ha ni dia buat 1st time nak post cara untuk menghadapi tekanan dalam hidup... hehehe aku ni bukanlah baik mana pun tapi boleh2 saja lah.... mai nak kongsi serba sikit tips-tips untuk menangani tekanan....

Keimanan

  • Kembali kepada Allah swt melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain...PAsakan dalam diri akan keyakinan bahawa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-hambaNYA yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
Tadabbur

  • Benar, kita tidak ada untuk melihat Allah swt,akan tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah swt. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah swt apabila makluk di dalam batu boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuanNYa.
Zikir

  • Allah swt berfirman yang bermaksud :"(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi enang."(surah al-Raa'd 13:28)
Berimaginasi
  • Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan sungai susu  yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tidak sedih, dan tidak buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan. Fikirkan, layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita kesana? Syurga boleh motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
Berdoa
  • Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagai doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah swt. Allah swt berfirman yang bermaksud : Dan tuhan kamu berfirman :"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina," (surah al-Mu'min 40:60)

No comments:

Post a Comment