Selamat Datang :)

Wednesday, November 28, 2012

Menservis Si "Siput Gondang"Ku

Salam 1 Malaysia... hahaha updated2 blog yang dah lama sudah xupdated... Kemarin bawak Siput Gondang aku p Full Servis kat Mega Fortune Bandar Perda... Terbaek punya servis kat situ habis semua kulit dan cengkerang Si Siput Gondang aku dileraikan... hehehe bogel ar apa g... naked... naked... hahaha burn lah separuh dari gajiku bulan lepas... tapi keputusan dia memang terbaek ar... RPM meter boleh cecah 8700 dengan senang2 jer... dgn kata lain Si Siput Gondang aku ni boleh blah mencanak sampai 130km/j hingga 140 km/j dengan mudah jer...

Abg Non terbaek tengah membogelkan "si siput gondang"
Cuci auto clucth yang dah berhabuk tu.. 
Barang-barang yang telah ditukarkan... masuk muzium la 

#overall total lost RM 220.00... terbaek dari ladang...

Madah Pagi Ni...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Tuesday, November 27, 2012

Mutiara kata-kata.... :)

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Wednesday, November 21, 2012

Madah pagi-pagi ni....

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.

Tuesday, November 20, 2012

Maafkan Aku....


Kiranya Ini Benar Takdir Cinta Kita, 
Cuma Setakat Ini,
Maaf Ku Pohon Darimu Sayang, 
Dari Detik Pertama Perkenalan Kita, 
Hingga Saat Perpisahan Kita. 

Maaf Ku Tak Berdaya, 
Menjadi Seperti Yang Kamu Inginkan, 
Aku Cuma Aku, 
Aku Bukan Insan Sempurna. 

Maaf Ku Tak Bisa,
Melupakan Dirimu, 
Wajahmu, Baik Tuturmu, 
Segala Yang Ada Padamu, 
Akan Sentiasa Dikalbuku. 

Akan Aku Titipkan Doa Pada Ilahi, 
Moga Kamu Bahagia Disampingnya.

Madah Pagi-pagi...

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Monday, November 19, 2012

Mutiara Kata

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa

Friday, November 16, 2012

Salam...

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.