Selamat Datang :)

Thursday, February 7, 2013

Monolog hatiku.... :)


Merindukan aku....? Merindukah kamu...? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian lubuk hati... Bukan puisi tentang cinta akan tetapi bait-bait kata-kata hati yang telus dan nyata membalikan sesuatu yang disebaliknya... Aku jujur... Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku...

Kamu... boleh aku bertanya???

Adakah kau tidak pernah terfikirtentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama aku? Senyuman aku? Kasih sayang aku di mainan jalanan hari-harimu?? Tiadakah sekumit kenangan manis antara kita dulu yang bisa membuat kamu tersenyum....??


Kamu... boleh aku bercerita...???

Aku rindukan kamu,sentiasa ingatkan kamu... Kadang tikanya ada yang berlalu melintasi aku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan aku toleh dan mengikutnya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air mata jernih aku mengalir... ingatkan kamu... ingatkan kamu... rindu sesungguhnya pada kamu...


Kamu... boleh aku bertanya lagi??

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa aku? Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu danbakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan....???






Kamu... boleh aku bercerita lagi???

Aku rindukan kamu, sentiasa memandang kamu... aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, iklas kerana aku mahu melihat kamu bahagia. Dan laksana itu  aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri aku ini... Setiap kalinya aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwaku... aku memandang kamu yang bercahaya gembira disana...Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tetapi akumemilih untuk melihat dari jauh demi kebahagiaan kamu, demi kegembiraan kamu bidadariku...

Kamu... boleh aku bertanya....

Kenapa airmata aku mengalir tika menitipkan kata jiwa aku ni? Sensarakah diri aku??? KAMU....

1 comment:

  1. sob..sob..sob..sedey nyer bob..blh x k.ida masukkan dlm belutin PDTSPS..????

    ReplyDelete